Adat hidup berkawan-kawan
sama melangkah seiring sejalan
sama mengingat sama menjagakan
sama merasa rezeki di pinggan
sama meneguk air secawan
Adat hidup sama sebanjar
sama memberi tunjuk dan ajar
dalam sempit sama berlegar
dalam susah sama bersandar
dalam gelabah sama bersabar
dalam duduk sama bertikar.
Terima kasih Wassalamu’alaikum wr. wb.
[Dibentangkan dalam Majelis Syarahan di Balai Adat Melayu Riau, 28 Februari 2019, sempena Haul ke-4 Wafatnya Dr. (HC Persuratan) H. Tenas Effendy]