Dan kepada sehari-hari berperang juga sampai enam bulan, negeri Siak tiada juga alah. Dan dua kali mengambil serdadu ke Melaka. Dan kapitan kapal pun terlalu marah kepada Yamtuan Raja Alam: ‘Dan Tuan Raja dibilang negeri Siak boleh diambil tiga jam kerana rajanya kanak-kanak kecil, akan sekarang kita lihat rupa perangnya seperti orang yang biasa lagi berani, dan jikalau tiada juga alah hari esok, mesti Tuan Raja kita hantarkan ke Sailong.’ Dan bagindapun tersenyum. Kata baginda: ‘Jikalau kita hantarkan ke Sailong ini kapal tiada juga sampai di Sailong.’ (…) Hatta baginda (=Ismail) sampai di Pelalawan maka Yang Dipertuan minta perahu kepada Maharaja lalu baginda keluar ke Riau dan akan negeri Siak pun alah. (…) Dan Yamtuan Raja Alam pun masuk ke dalam kota (SRRM fol. 473-5).
Tags ikan ikan terubuk siak syair terubuk terubuk
Lihat Juga
Pantun Melayu Tahun 1848 (2)
Pengantar: Selain yang sudah dimuat sebelumnya [Lihat: Pantun Melayu Tahun 1848 1], pada halaman 182 ...